Selasa, 11 Desember 2007

iman bukan sekedar berkata


Iman bukan sekadar mengucapkan dua kalimah syahadah.
harus dibuktikan melalui lisan, perbuatan dan amalan.
Bukankah dalam al-quran, Allah swt telah berfirman bahawa iman seseorang akan diujiNya untuk membuktikan bahwa dia memang beriman kepada Allah?

Jikalau dia berkata dia beriman tetapi dia melakukan perkara keji dan mungkar,
dia berlaku zalim terhadap dirinya sendiri,
imannya masih perlu ditingkatkan melalui taubat.

Jikalau dia berkata dia beriman
tetapi dia menafikan hak orang lain,
dia berlaku zalim tehadap mereka,
imannya dikotori dengan perasaan hasad dengki.

Jikalau dia berkata dia beriman
tetapi dia menolak sesetengah hukum syarak
seperti kewajipan menutup aurat dan amalan poligami, dia sudah berlaku syirik, imannya dilemahi oleh hasutan syaitan.

Hendak mengatakan kita benar-benar beriman adalah dengan berusaha
kemudian menyerahkan segala kepada ketentuanNya
walaupun hasilnya mungkin kurang kita senangi dan kurang fahami,
karena yakin bahwa ketentuan Allah swt adalah yang terbaik untuk umatnya.

Beriman sepenuhnya memerlukan kesungguhan,
ketaqwaan dan sujud kepada kehendak dan suruhanNya,
bersyukur ketika gembira,
dan bersabar ketika ditimpa musibah.

Tidak ada komentar: